September 25, 2016

Lori Sewa: Mencari Murah atau Berkualiti?

Dalam mencari sesuatu perkhidmatan lori sewa, pelanggan kebiasaannya mencari yang murah. Adakah murah itu mampu menjamin kualiti malah boleh memuaskan hati anda?

Bagi pelanggan yang mempunyai bajet, mereka mencari kualiti berbanding harga perkhidmatan lori sewa yang murah.


Antara pelbagai isu yang biasa dihadapi oleh pelanggan apabila mencari perkhidmatan lori sewa yang murah adalah:

1. Murah tetapi ada kos terselindung

Selalunya perkhidmatan lori sewa yang menawarkan harga tidak masuk akal adalah kerana mereka mempunyai kos yang terselindung. Kos yang terselindung tidak dapat  dikira pada permulaan memandangkan kos ini hanya dapat dilihat apabila pelanggan memindah barang ke dalam lori. Hanya barang-barang besar sahaja maksimum 5 atau 6 barang kebiasaannya yang akan dikira dalam kos yang murah. Selebihnya seperti barang-barang yang kecil akan dikira sebagai kos terselindung.

Penyelesaian:
Sebut secara terperinci kepada perkhidmatan lori sewa yang anda gunakan untuk mendapatkan harga yang betul dan tiada kos terselindung. 


2. Terasa ditipu

Pelanggan tidak puas hati apabila menggunakan perkhidmatan lori sewa pindah rumah, lori sewa pindah pejabat atau pun lori sewa pindah kilang kerana tidak memberikan maklumat yang betul-betul lengkap.

Contohnya, anda pindah dari rumah flat bertingkat ke rumah flat bertingkat yang lain. Rumah flat yang hendak pindah pula tiada lif dan berada di tingkat 5. Ketika hendak mendapatkan harga, jika si perkhidmatan lori sewa tidak tahu keadaan seperti ini, tentulah kos ketika pindah rumah akan berganda. 

Penyelesaian:
Beri maklumat lengkap, beri maklumat lengkap, beri maklumat lengkap. Takkan lah anda membayar upah lori sewa mengangkat barang dari rumah bertingkat ke rumah bertingkat sebanyak RM350 sahaja? Kasihan para staf perkhidmatan lori sewa yang perlu mengangkut barangan ke tingkat 5 yang tiada lif!

3. Tidak mahu membayar kos perkhidmatan lori sewa

Ada juga pelanggan yang apabila dikenakan kos terselindung akibat tidak memberikan maklumat yang lengkap, mereka berkeras tidak ingin membayar kos perkhidmatan lori sewa walaupun semua barang sudah diangkut ke dalam lori. Akibatnya, barang mereka akhirnya di tinggal di tengah jalan dan pelanggan terpaksa menambah kos lain pula untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa yang lain.

Penyelesaian:
Tanya, tanya dan tanya. Sebelum menggunakan perkhidmatan lori sewa, senaraikan barangan yang ingin dipindah. Dari mana ke mana. Apa jenis rumah. Beri maklumat yang tepat dan lengkap untuk memudahkan para perkhidmatan lori sewa memberi kos yang betul.

Kesimpulan

Dalam mencari perkhidmatan lori sewa, perkara utama yang perlu anda sediakan adalah maklumat yang lengkap mengenai barangan anda. Jika tidak mahu pening kepada, gunakan sahaja perkhidmatan lori sewa Jembal Movers untuk pakej PREMIUM. 

Pakej PREMIUM Jembal Movers menyelesaikan masalah pindah rumah anda daripada A sampai Z. Anda hanya tersenyum girang sambil basuh kaki masuk rumah baru.


Lokasi perkhidmatan kami:
Jembal Movers lebih fokus kepada perkhidmatan lori sewa pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang, angkut barang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

#lorisewa #lorisewakl #lorisewaselangor #lorisewapindahrumah #lorisewapuchong #lorisewapetalingjaya #lorisewashahalam #lorisewagombak #lorisewabangi #lorisewaampang #lorisewasungaibesi #lorisewabalakong #lorisewasubang

No comments:

Post a Comment