February 10, 2017

JembalMovers: Pengalaman Pelanggan Ditipu



Pengalaman ini diceritakan kembali oleh seorang pelanggan yang telah ditipu ketika menggunakan perkhidmatan lori sewa untuk tujuan pindah rumah.

Pelanggan A telah membuat perbandingan antara servis lori sewa A, B dan C. Setelah meneliti harga yang ditawarkan oleh setiap servis lori sewa, beliau bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa A. Servis lori sewa A menawarkan harga yang murah sebanyak RM350 untuk pindah rumah.

Tiba hari untuk pindah, datanglah lori sewa tersebut. Setelah barang-barang dimasukkan ke dalam lori, pelanggan A telah diberitahu beliau dikenakan caj tambahan sebanyak RM350. Caj tambahan ini adalah caj angkat barang untuk bawa masuk ke dalam lori.

Harga yang sepatutnya berjumlah RM350 telah menaik menjadikannya berjumlah RM700!

Oleh kerana tidak mahu pening, pelanggan terpaksa membayar jumlah tersebut.

1# TIDAK TANYA TERPERINCI

Pelanggan perlu bertanya secara lebih terperinci servis yang ditawarkan oleh lori sewa. Tidak dinafikan harga yang murah menjadi salah satu faktor anda memilih servis lori sewa. Tetapi, cuba tenang dan fikirkan kembali. Kenaikan kos sara hidup menyebabkan amat mustahil untuk sesuatu servis lori sewa mengenakan caj yang murah melainkan terdapat kos tersembunyi.

Soalan yang perlu ditanya kebiasaannya:
a - Berapa tan lori?
b- Berapa pekerja angkat?
c- Pindah dari premis apa ke premis apa. Contoh: Rumah teres ke rumah bertangga/ berlif/ teres.
d - Ada caj tambahan?

2# SEMAK PROFIL SYARIKAT LORI SEWA 

Kemudahan internet memudahkan anda untuk melihat profil syarikat lori sewa. Semak profil mereka di laman web atau media sosial. Lihat review yang telah ditulis oleh pelanggan. Positif atau negatif.

Servis lori sewa yang jujur selalunya memaparkan maklumat mereka di laman web.

Seperti kami di +Jembal Movers , hampir kesemua muka staf dipaparkan di laman web dan media sosial. Kami berani untuk meletakkannya kerana servis yang kami lakukan adalah berdasarkan nilai JUJUR, AMANAH dan PROFESIONAL.

Kesimpulan

Jadilah pengguna yang bijak. Kutip sebanyak maklumat dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan lori sewa. Dah lah pening nak pindah rumah, lagi bertambah pening sebab kena tipu lagi! :(

Jika anda pernah ada pengalaman tertipu dengan servis lori sewa, boleh kongsikan di ruangan komen untuk tatapan pembaca-pembaca yang lain. Terima kasih.