November 08, 2016

Jembal Movers Lori Sewa: Lori Berwajah Baru!

Kami gembira untuk memaklumkan kepada anda semua mengenai baju 'kuda' Jembal Movers yang telah berwajah baru.

Untuk meningkatkan penjenamaan Jembal Movers sebagai lori sewa di Kuala Lumpur dan Selangor khususnya, kami akan memperbaiki rupa dan wajah kami selaras dengan konsistensi penjenamaan kami.

Cantik kan? Komen sikit he he


Lori 1 Tan


Lori 3 Tan

Lori 5 Tan sebelum bertukar 'baju'

Jembal Movers Lori Sewa: Hanya yang terbaik untuk anda!

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Servis yang terbaik dan berkualiti menyebabkan pelanggan gembira. Dalam memberikan servis yang berkualiti, para staf akan dilatih terlebih dahulu selama seminggu.

Percaya, Jujur dan Amanah

Itulah nilai yang sentiasa kami pegang. Nilai ini menjadi asas dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada para pelanggan.





Tiada apa yang dapat menggembirakan kami selain kepuasan pelanggan. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

Ikhlas,

Nik Mohd Faizuadi
Jembal Movers
Lori Sewa Kuala Lumpur Selangor

October 25, 2016

Lori Sewa: Kepuasan Anda Keutamaan Kami

Jembal Movers Lori Sewa Kuala Lumpur Selangor tekad dalam memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Alhamdulillah, sepanjang beroperasi sejak dari tahun 2005 lagi, para pelanggan rata-ratanya amat berpuas hati.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada krew +Jembal Movers  dalam memberikan 100% komitmen dan mutu perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan.

Nilai yang dibawa oleh Jembal Movers:

PERCAYA
JUJUR
AMANAH

Nilai yang kami pegang diaplikasikan dalam mutu dan kualiti perkhidmatan kami. Berikut beberapa maklumbalas yang diterima daripada pelanggan. Terima kasih kerana menyokong Jembal Movers.







September 25, 2016

Lori Sewa: Mencari Murah atau Berkualiti?

Dalam mencari sesuatu perkhidmatan lori sewa, pelanggan kebiasaannya mencari yang murah. Adakah murah itu mampu menjamin kualiti malah boleh memuaskan hati anda?

Bagi pelanggan yang mempunyai bajet, mereka mencari kualiti berbanding harga perkhidmatan lori sewa yang murah.


Antara pelbagai isu yang biasa dihadapi oleh pelanggan apabila mencari perkhidmatan lori sewa yang murah adalah:

1. Murah tetapi ada kos terselindung

Selalunya perkhidmatan lori sewa yang menawarkan harga tidak masuk akal adalah kerana mereka mempunyai kos yang terselindung. Kos yang terselindung tidak dapat  dikira pada permulaan memandangkan kos ini hanya dapat dilihat apabila pelanggan memindah barang ke dalam lori. Hanya barang-barang besar sahaja maksimum 5 atau 6 barang kebiasaannya yang akan dikira dalam kos yang murah. Selebihnya seperti barang-barang yang kecil akan dikira sebagai kos terselindung.

Penyelesaian:
Sebut secara terperinci kepada perkhidmatan lori sewa yang anda gunakan untuk mendapatkan harga yang betul dan tiada kos terselindung. 

September 20, 2016

Jembal Movers Lori Sewa: Mengapa ada Pakej?

Mengapa pihak kami mewujudkan tiga pakej utama sekarang ini?

Pakej yang ditawarkan adalah Pakej Silver, Pakej Gold dan Pakej Premium.


Pakej-pakej ini diwujudkan bagi memberi keselesaan dan pilihan kepada anda mengikut jumlah barangan yang perlu anda pindah.

Kelebihan pakej ini kepada anda:
1. Memberi pilihan mengikut kesesuaian anda yang ingin menggunakan perkhidmatan lori sewa.
2. Memudahkan anda dalam urusan perpindahan rumah, pejabat, kilang ataupun apa sahaja.
3. Meringankan beban anda dalam urusan pindah.

Di sini kami huraikan secara ringkas apa itu pakej tersebut:

1. Pakej Silver
Pakej ini boleh dikatakan sebagai pakej bajet. Kami angkat barang dan pindahkan ke destinasi yang anda tentukan.

2. Pakej GOLD
Kami akan mengangkat barangan yang ingin dipindah. Kemudian, barangan ini akan dipasang seperti pemasangan almari ataupun katil.

3. Pakej PREMIUM
Pakej ini bertujuan memudahkan anda daripada mula sehingga akhir. Senang kata, anda hanya perlu arah manakala selebihnya akan kami uruskan. Anda hanya perlu masuk rumah baru sambil tersenyum sahaja.

Untuk maklumat lanjut, jemputlah singgah ke laman web kami di http://jembalmovers.com/lorisewa/

Lokasi perkhidmatan kami:
Jembal Movers lebih fokus kepada perkhidmatan lori sewa pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang, angkut barang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

#lorisewa #lorisewakl #lorisewaselangor #lorisewapindahrumah #lorisewapuchong #lorisewapetalingjaya #lorisewashahalam #lorisewagombak #lorisewabangi #lorisewaampang #lorisewasungaibesi #lorisewabalakong #lorisewasubang

Jembal Movers: Lori Sewa Pindah Alor Setar ke Kota Damansara, PJ

Terima kasih kepada Tuan Faisal menggunakan perkhidmatan +Jembal Movers 

Pakej: Gold





Lokasi perkhidmatan kami:
Jembal Movers lebih fokus kepada perkhidmatan lori sewa pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang, angkut barang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

#lorisewa #lorisewakl #lorisewaselangor #lorisewapindahrumah #lorisewapuchong #lorisewapetalingjaya #lorisewashahalam #lorisewagombak #lorisewabangi #lorisewaampang #lorisewasungaibesi #lorisewabalakong #lorisewasubang

Terima kasih.


July 26, 2016

5 tips Pindah Rumah dengan lancar dan berkesan!

Tertekan dengan masalah pindah rumah? Pening tak tahu nak buat apa? +Jembal Movers  memberikan anda 5 tips pindah rumah dengan lancar dan berkesan!


Jembal Movers: Pindah Bengkel Kereta dari Puncak Jalil ke Semenyih




Lokasi perkhidmatan kami:
Jembal Movers lebih fokus kepada perkhidmatan lori sewa pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang, angkut barang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

#lorisewa #lorisewakl #lorisewaselangor #lorisewapindahrumah #lorisewapuchong #lorisewapetalingjaya #lorisewashahalam #lorisewagombak #lorisewabangi #lorisewaampang #lorisewasungaibesi #lorisewabalakong #lorisewasubang

Terima kasih.

Jembal Movers Berwajah Baru

Untuk penambahbaikan servis +Jembal Movers  kepada semua pelanggan, kami telah mengecat lori kepada warna merah supaya nampak lebih gah dan profesional di samping memberikan kepuasan bangga kepada para pelanggan.

Penambahbaikan ini membuktikan keseriusan kami dalam memberikan mutu terbaik kepada anda semua.



 



Lokasi perkhidmatan kami:
Jembal Movers lebih fokus kepada perkhidmatan lori sewa pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang, angkut barang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

#lorisewa #lorisewakl #lorisewaselangor #lorisewapindahrumah #lorisewapuchong #lorisewapetalingjaya #lorisewashahalam #lorisewagombak #lorisewabangi #lorisewaampang #lorisewasungaibesi #lorisewabalakong #lorisewasubang

Terima kasih.

June 08, 2016

Jembal Movers Pakej Baru

Bagi memantapkan lagi servis +Jembal Movers , kami telah merangka pelbagai pakej sesuai dengan kehendak para pelanggan semua untuk tujuan lori sewa, sewa lori, pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang atau apa sahaja servis yang anda inginkan menggunakan lori.


Berikut pakej yang ditawarkan oleh pihak kami:

May 03, 2016

Lori Pindah Rumah Murah?

K: Klien
JM: +Jembal Movers

K: Assalamualaikum Tuan, boleh dapatkan harga lori untuk pindah rumah dalam jarak 6km? Rumah bertangga tingkat 1 ke tingkat 1.
JM: Waalaikumsalam, biasanya RM650 tuan, lori 1 tan dengan 3 pekerja.
K: Mahalnya, saya dapat RM380 dengan 3 orang pekerja juga.
JM: Tuan, tuan dah tanya betul-betul ada tiada kos sembunyi. Barang besar berapa banyak. Barang kecil boleh masuk ke tidak. Cuba tuan telefon balik sahkan. Jika memang harga dah betul RM380, tuan perkenalkan saya dekat dia. Mudah untuk urusan akan datang.
K: Ok saya telefon dia balik sahkan.
JM: Maaflah tuan, saya bukan nak ganggu atau suruh tuan ambil dengan pihak +Jembal Movers. Selama 10 tahun saya buat lori pindah rumah, staf paling tak suka pindah yang bertangga. Penat. Paling-paling bayar staf seorang RM80. Kali dengan 3 orang, sudah RM240. Bayar driver lori lagi. Tak logik pengusaha lori sewa tak untung. Pengalaman saya, mula-mula customer diberi harga sekian sekian, sampai masa nak buat, dah letak barang-barang atas lori, 2 hingga 3 kali ganda harga akan dicaj. Harga mula-mula RM380, tak mustahil boleh sampai RM900. Takpa, tuan sahkan dulu ya.
K: Ok.

Dipendekkan cerita, memang harga sebenar setelah maklumat lengkap diberikan adalah RM900. Keesokannya, klien bersetuju mengambil dengan pihak +Jembal Movers  untuk urusan pindah rumah. Dalam kes seperti ini, bukanlah klien ditipu. Sebaliknya, klien tidak memberi maklumat selengkap yang mungkin.

Harga murah pada zaman ekonomi sekarang ini menjadi pilihan klien. Tapi, berwaspadalah. Jangan disebabkan ingin murah anda terpaksa membayar harga lebih.

Terima kasih.

+Jembal Movers
Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874


March 28, 2016

Lori Sewa Pindah Dari Langkawi ke Kubang Kerian, Kota Bharu

Jutaan terima kasih kepada pelanggan kerana memilih untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa pindah barang pindah rumah +Jembal Movers  dari Langkawi ke Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.









Terima kasih juga kepada krew Jembal Movers kerana tidak mengenal erti penat lelah dalam membantu menguruskan pemindahan barang pelanggan.

Terima kasih juga kepada pelanggan kerana belanja makan krew Jembal Movers. Semoga Allah membalas jasa baik pihak tuan.

Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

March 13, 2016

Bagaimana Mencari Perkhidmatan yang Jujur?

Banyak kes pelanggan tertipu dengan perkhidmatan lori sewa pindah barang sekarang ini. Akibat ingin sesuatu yang murah, pelanggan terpaksa membayar mahal pada akhirnya.

Antara kes-kes pelanggan tertipu (Klik untuk baca):


Jadi, bagaimana ingin mendapatkan perkhidmatan lori sewa yang jujur dan amanah agar anda tidak tertipu?

1. LIHAT PROFIL PEMILIK SERVIS LORI SEWA

Zaman sekarang zaman semuanya online. Hal ini memudahkan anda mencari siapa pemilik syarikat perkhidmatan lori sewa pindah barang. Kebiasaannya, perkhidmatan yang jujur akan memaparkan gambar dan maklumat mengenai pemilik. Untuk mengesahkannya, hubungilah nombor pemilik tersebut dan berjumpa secara berdepan untuk mengukuhkan keyakinan anda lagi.

Seperti +Jembal Movers , kami diterajui oleh Tuan Nik Mohd Faizuadi Mohd Nawi yang berpengalaman dalam bidang ini sejak tahun 2005. Klik SINI untuk mendapatkan info mengenai beliau atau pun add lah FB beliau di SINI.

2. REFERRAL

Sistem referral di sini bermaksud mendapatkan bantuan rakan-rakan atau saudara mara yang pernah menggunakan servis lori sewa pindah rumah. Tanya komen dan pendapat mengenai servis yang pernah mereka gunakan atau servis yang mereka syorkan. Kaedah ini dilihat 99.9% membantu anda tidak ditipu daripada pengusaha lori sewa pindah barang.

3. KAJI CAJ TERSEMBUNYI

Di sini ramai pelanggan yang merasakan mereka tertipu. Tidak membuat kajian mengenai caj tersembunyi daripada pengusaha servis lori sewa pindah barang. Anda perlulah memberi maklumat yang lengkap mengenai barangan yang akan dipindahkan, jenis lori sama ada 1 tan, 3 tan atau 5 tan, jarak perjalanan, jenis kediaman (berlif, tangga, teres dan sebagainya), berapa pekerja yang diperlukan dan khidmat lain seperti pembungkusan.

Memberikan maklumat lengkap memudahkan pengusaha memberi harga untuk kesemua servis yang akan mereka lakukan. Oleh itu, anda sudah tahu jumlah keseluruhan yang perlu dibayar kepada mereka.

Kesimpulannya, anda sebagai pelanggan perlu membuat kajian dahulu sebelum mendapatkan servis lori sewa pindah rumah daripada sesiapa pun. Tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari perkhidmatan ini. Rancang jadual pindah anda sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum.

Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

February 28, 2016

Jembal Movers - 28/2 Saujana Prima Kajang


Job: Buang perabot di Saujana Prima Kajang.

Kami akan memastikan pelanggan akan mendapat kepuasan tahap maksimum apabila berurusan dengan +Jembal Movers .

Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

Jembal Movers - 28/2 Salak Tinggi ke Nilai

Jembal Movers - 28/2 Salak Tinggi ke Nilai

Pelanggan tersenyum berpuas hati dengan khidmat kami.


Ruang dalam lori dipastikan penuh. 



Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

Jembal Movers - Job 28/2 Bandar Utama ke PJ

Terima kasih kerana memilih +Jembal Movers  sebagai rakan pengangkutan anda!



Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

Jembal Movers - Mengapa Bayar Mahal?

Antara sebab-sebab pelanggan terpaksa membayar lebih apabila menggunakan perkhidmatan lori sewa pindah rumah.

1. Tempah Lori Bersaiz Kecil


2. Kos Pekerja Lori Sewa Pindah Rumah


3. Kos Pembungkusan Barang


Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

February 24, 2016

Jembal Movers - Perkhidmatan Kami

Apa yang kami tawarkan?

Perkhidmatan kami: 
1. Pengangkutan dan Pindah 2. Sewa Lori 3. Pengangkutan Barang 4. Pembungkusan Selamat 





Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874