May 03, 2016

Lori Pindah Rumah Murah?

K: Klien
JM: +Jembal Movers

K: Assalamualaikum Tuan, boleh dapatkan harga lori untuk pindah rumah dalam jarak 6km? Rumah bertangga tingkat 1 ke tingkat 1.
JM: Waalaikumsalam, biasanya RM650 tuan, lori 1 tan dengan 3 pekerja.
K: Mahalnya, saya dapat RM380 dengan 3 orang pekerja juga.
JM: Tuan, tuan dah tanya betul-betul ada tiada kos sembunyi. Barang besar berapa banyak. Barang kecil boleh masuk ke tidak. Cuba tuan telefon balik sahkan. Jika memang harga dah betul RM380, tuan perkenalkan saya dekat dia. Mudah untuk urusan akan datang.
K: Ok saya telefon dia balik sahkan.
JM: Maaflah tuan, saya bukan nak ganggu atau suruh tuan ambil dengan pihak +Jembal Movers. Selama 10 tahun saya buat lori pindah rumah, staf paling tak suka pindah yang bertangga. Penat. Paling-paling bayar staf seorang RM80. Kali dengan 3 orang, sudah RM240. Bayar driver lori lagi. Tak logik pengusaha lori sewa tak untung. Pengalaman saya, mula-mula customer diberi harga sekian sekian, sampai masa nak buat, dah letak barang-barang atas lori, 2 hingga 3 kali ganda harga akan dicaj. Harga mula-mula RM380, tak mustahil boleh sampai RM900. Takpa, tuan sahkan dulu ya.
K: Ok.

Dipendekkan cerita, memang harga sebenar setelah maklumat lengkap diberikan adalah RM900. Keesokannya, klien bersetuju mengambil dengan pihak +Jembal Movers  untuk urusan pindah rumah. Dalam kes seperti ini, bukanlah klien ditipu. Sebaliknya, klien tidak memberi maklumat selengkap yang mungkin.

Harga murah pada zaman ekonomi sekarang ini menjadi pilihan klien. Tapi, berwaspadalah. Jangan disebabkan ingin murah anda terpaksa membayar harga lebih.

Terima kasih.

+Jembal Movers
Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874