March 28, 2016

Lori Sewa Pindah Dari Langkawi ke Kubang Kerian, Kota Bharu

Jutaan terima kasih kepada pelanggan kerana memilih untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa pindah barang pindah rumah +Jembal Movers  dari Langkawi ke Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.









Terima kasih juga kepada krew Jembal Movers kerana tidak mengenal erti penat lelah dalam membantu menguruskan pemindahan barang pelanggan.

Terima kasih juga kepada pelanggan kerana belanja makan krew Jembal Movers. Semoga Allah membalas jasa baik pihak tuan.

Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874

March 13, 2016

Bagaimana Mencari Perkhidmatan yang Jujur?

Banyak kes pelanggan tertipu dengan perkhidmatan lori sewa pindah barang sekarang ini. Akibat ingin sesuatu yang murah, pelanggan terpaksa membayar mahal pada akhirnya.

Antara kes-kes pelanggan tertipu (Klik untuk baca):


Jadi, bagaimana ingin mendapatkan perkhidmatan lori sewa yang jujur dan amanah agar anda tidak tertipu?

1. LIHAT PROFIL PEMILIK SERVIS LORI SEWA

Zaman sekarang zaman semuanya online. Hal ini memudahkan anda mencari siapa pemilik syarikat perkhidmatan lori sewa pindah barang. Kebiasaannya, perkhidmatan yang jujur akan memaparkan gambar dan maklumat mengenai pemilik. Untuk mengesahkannya, hubungilah nombor pemilik tersebut dan berjumpa secara berdepan untuk mengukuhkan keyakinan anda lagi.

Seperti +Jembal Movers , kami diterajui oleh Tuan Nik Mohd Faizuadi Mohd Nawi yang berpengalaman dalam bidang ini sejak tahun 2005. Klik SINI untuk mendapatkan info mengenai beliau atau pun add lah FB beliau di SINI.

2. REFERRAL

Sistem referral di sini bermaksud mendapatkan bantuan rakan-rakan atau saudara mara yang pernah menggunakan servis lori sewa pindah rumah. Tanya komen dan pendapat mengenai servis yang pernah mereka gunakan atau servis yang mereka syorkan. Kaedah ini dilihat 99.9% membantu anda tidak ditipu daripada pengusaha lori sewa pindah barang.

3. KAJI CAJ TERSEMBUNYI

Di sini ramai pelanggan yang merasakan mereka tertipu. Tidak membuat kajian mengenai caj tersembunyi daripada pengusaha servis lori sewa pindah barang. Anda perlulah memberi maklumat yang lengkap mengenai barangan yang akan dipindahkan, jenis lori sama ada 1 tan, 3 tan atau 5 tan, jarak perjalanan, jenis kediaman (berlif, tangga, teres dan sebagainya), berapa pekerja yang diperlukan dan khidmat lain seperti pembungkusan.

Memberikan maklumat lengkap memudahkan pengusaha memberi harga untuk kesemua servis yang akan mereka lakukan. Oleh itu, anda sudah tahu jumlah keseluruhan yang perlu dibayar kepada mereka.

Kesimpulannya, anda sebagai pelanggan perlu membuat kajian dahulu sebelum mendapatkan servis lori sewa pindah rumah daripada sesiapa pun. Tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari perkhidmatan ini. Rancang jadual pindah anda sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum.

Jembal Movers - Jujur & Amanah
Kerabat Jembal Enterprise (002012454-H)
014-826 7444/010-388 8874