April 16, 2017

Pakej Kami

Pakej-pakej yang ditawarkan dalam perkhidmatan lori sewa pindah rumah/ angkat barang/ pindah pejabat/ pindah kilang adalah:



1. PAKEJ SILVER
2. PAKEJ GOLD
3. PAKEJ PLATINUM

Pakej-pakej ini diwujudkan bagi memberi keselesaan dan pilihan kepada anda mengikut jumlah barangan yang perlu anda pindah.

Kelebihan pakej ini kepada anda:


1. Memberi pilihan mengikut kesesuaian anda yang ingin menggunakan perkhidmatan lori sewa.

2. Memudahkan anda dalam urusan perpindahan rumah, pejabat, kilang ataupun apa sahaja.

3. Meringankan beban anda dalam urusan pindah.

Di sini kami huraikan secara ringkas apa itu pakej tersebut:



1. Pakej SILVER

Pakej ini boleh dikatakan sebagai pakej bajet. Kami angkat barang dan pindahkan ke destinasi yang anda tentukan.


2. Pakej GOLD

Kami akan mengangkat barangan yang ingin dipindah. Kemudian, barangan ini akan dipasang seperti pemasangan almari ataupun katil.


3. Pakej PLATINUM

Pakej ini bertujuan memudahkan anda daripada mula sehingga akhir. Senang kata, anda hanya perlu arah manakala selebihnya akan kami uruskan. Anda hanya perlu masuk rumah baru sambil tersenyum sahaja.

Untuk maklumat lanjut, jemputlah singgah ke laman web kami di http://jembalmovers.com/lorisewa/


Lokasi perkhidmatan kami:


Jembal Movers lebih fokus kepada perkhidmatan lori sewa pindah rumah, pindah pejabat, pindah kilang, angkut barang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


#lorisewa #lorisewakl #lorisewaselangor #lorisewapindahrumah #lorisewapuchong #lorisewapetalingjaya #lorisewashahalam #lorisewagombak #lorisewabangi #lorisewaampang #lorisewasungaibesi #lorisewabalakong #lorisewasubang

February 10, 2017

JembalMovers: Pengalaman Pelanggan Ditipu



Pengalaman ini diceritakan kembali oleh seorang pelanggan yang telah ditipu ketika menggunakan perkhidmatan lori sewa untuk tujuan pindah rumah.

Pelanggan A telah membuat perbandingan antara servis lori sewa A, B dan C. Setelah meneliti harga yang ditawarkan oleh setiap servis lori sewa, beliau bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa A. Servis lori sewa A menawarkan harga yang murah sebanyak RM350 untuk pindah rumah.

Tiba hari untuk pindah, datanglah lori sewa tersebut. Setelah barang-barang dimasukkan ke dalam lori, pelanggan A telah diberitahu beliau dikenakan caj tambahan sebanyak RM350. Caj tambahan ini adalah caj angkat barang untuk bawa masuk ke dalam lori.

Harga yang sepatutnya berjumlah RM350 telah menaik menjadikannya berjumlah RM700!

Oleh kerana tidak mahu pening, pelanggan terpaksa membayar jumlah tersebut.

1# TIDAK TANYA TERPERINCI

Pelanggan perlu bertanya secara lebih terperinci servis yang ditawarkan oleh lori sewa. Tidak dinafikan harga yang murah menjadi salah satu faktor anda memilih servis lori sewa. Tetapi, cuba tenang dan fikirkan kembali. Kenaikan kos sara hidup menyebabkan amat mustahil untuk sesuatu servis lori sewa mengenakan caj yang murah melainkan terdapat kos tersembunyi.

Soalan yang perlu ditanya kebiasaannya:
a - Berapa tan lori?
b- Berapa pekerja angkat?
c- Pindah dari premis apa ke premis apa. Contoh: Rumah teres ke rumah bertangga/ berlif/ teres.
d - Ada caj tambahan?

2# SEMAK PROFIL SYARIKAT LORI SEWA 

Kemudahan internet memudahkan anda untuk melihat profil syarikat lori sewa. Semak profil mereka di laman web atau media sosial. Lihat review yang telah ditulis oleh pelanggan. Positif atau negatif.

Servis lori sewa yang jujur selalunya memaparkan maklumat mereka di laman web.

Seperti kami di +Jembal Movers , hampir kesemua muka staf dipaparkan di laman web dan media sosial. Kami berani untuk meletakkannya kerana servis yang kami lakukan adalah berdasarkan nilai JUJUR, AMANAH dan PROFESIONAL.

Kesimpulan

Jadilah pengguna yang bijak. Kutip sebanyak maklumat dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan lori sewa. Dah lah pening nak pindah rumah, lagi bertambah pening sebab kena tipu lagi! :(

Jika anda pernah ada pengalaman tertipu dengan servis lori sewa, boleh kongsikan di ruangan komen untuk tatapan pembaca-pembaca yang lain. Terima kasih.